Kesimpulan.
Demikianlah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, ia adalah fenomena yang normal
dan sihat dalam sesuatu ajaran. Shari’ah Islam tidak bersifat Jumud ia akan berkembang mengikut perubahan zaman, pintu
ijtihad sentiasa terbuka bagi para mujtahid bagi menangani permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam. Mazhab dalam Islam
bukan sesuatu yang sakral dan harus diikuti dan dipatuhi seratus peratus, ini kerana mereka hanya berijtihad dan ijtihad ada
yang betul ada yang salah yang mana kedu-duanya tetap mendapat pahala.
Lahirnya mazhab amat penting setelah
wafatnya Rasul S.A.W. dan para Sahabat r.a, kerana setiap ulama mempunyai cara dan metode tersendiri dalam memahami al-Qur’an dan Sunnah, ulama-ulama yang cukup ilmunya dan berkemampuan
untuk mengerti maksud al-Qur’an
dan memahami hukum yang terkandung didalamnya, ulama seperti ini tidak banyak, mereka sangat terbilang. Orang awam tidak dapat
memiliki ilmu seperti ini, ini terbukti apabila permasalahan agama diserahkan
kepada yang bukan ahlinya (ulama) maka setiap orang akan berbeza pendapat dan cenderung untuk mengikut hawa nafsu dalam mentafsirkan
ayat atau hadith.oleh sebab itu Nabi bersabda: “Dan
bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”.
Yang menjadi permasalahan kepada ummat Islam adalah adanya sifat ta’assub dikalangan penganut mazhab, sehingga seseorang itu lebih
mengutamakan qaul mazhab daripada hadith atau nash yang sahih. Ini jelas apabila mereka masih enggan meninggalkan perbuatan
bid’ah
dan khurafat yang telah lama diamalkan oleh masyarakat. Imam-imam mazhab sendiri sebenarnya tidak bertanggung jawab terhadap
amalan-amalan tersebut, kebanyakan yang terjadi adalah ulama-ulama mazhab yang mentafsirkan dan mengembangkan mazhabnya, jadi
yang sepatutnya menjadi ukuran adalah al-Qur’an
dan Sunnah, qaul mazhab boleh diterima selagi tidak bercanggah dengan Hadith Sahih. Jadi kesimpulannya tidak salah bermazhab
(mengikut imam tertentu) akan tetapi tidak boleh ta’assub
atau taqlid a’ma
(taqlid buta) pada mazhab tertentu, seseorang muslim dituntut untuk menuntut ilmu dan mendalami fiqih agar tidak taqlid dan
jauh daripada bid’ah
dan khurafat.
Istilah “salafi” ternyata bukan sesuatu yang baru, istilah ini timbul ketika
bid’ah
mula berleluasa di zaman khilafah Abbasiyah, maka sebagai reaksi dari ulama-ulama Islam timbullah istilah ulama salaf yaitu
ulama yang berpegang teguh dengan ajaran nabi dan memerangi bid’ah. Bid’ah
yang timbul ketika itu adalah dalam permasalahan Aqidah dan bukan ibadah, termasuk bid’ah bahwa al-Qur’an itu makhluk, maka ulama yang membantah keras pada masa itu adalah imam Ahmad
bin Hanbal (imam mazhab hanbali),beliau dipenjarakan dan diseksa oleh kahalifah, maka sejak itu beliau digelar sebagai imam
ahlu salaf dan imam Ahlussunnah wa al-Jama’ah.
Manhaj salaf ini kemudian diperjuangkan oleh penerus beliau yaitu Imam Ibn taymiyah pada abad ke enam hijriah. Kemudian pada
zaman ini lahirlah Muhammad bin Abdul Wahhab (1206H) di Jazirah Arab yang konsisten dengan perjuangan salaf dalam Aqidah dan
mazhab Hanbali dalam fiqih, dengan bantuan Raja Sa’udi
maka ajaran beliau tersebar luas dan mazhab Hanbali menjadi mazhab rasmi di Saudi Arabia hingga kehari ini.